Tuesday, July 19, 2011

Semangat Baru (جديد)


Bismillah...

Alhamdulillah, masih sempat untuk bersua dengan Syaaban. Moga Allah mempertemukan kita dengan Ramadhan. Allahu Allah..

Kesalahan. Ya, semua orang melakukannya. Termasuk aku. Sebab? Aku hanya manusia biasa. Yang tak bisa lari dari itu. Setelah itu? Cuba untuk bangun kembali. Menongkat bumi dengan secebis kekuatan. Hanya mengharap pada Yang Memberi Segala Kekuatan. Bukan mudah. Sudah tentu. Down? Lumrah.

Terlalu banyak kesilapan yang telah dilakukan. Amanah yang tak tertunai. Kata-kata yang tak terbuat. Hanya mampu beretorika. Hampeh praktikalnya. Seolah-olah tiada guna. Terasa diri mengkhianati kepercayaan. Lemah dan kerdilnya diri ini. Seperti tidak mampu lagi untuk melangkah. Hanya mahu menjadi insan biasa. Yang hanya menunggu percaturan orang lain. Biarlah hanya menjadi bidak catur yang paling belakang. Kerana aku telah serik dengan kesalahan lalu. Terlalu ego yakin diri. Konon paling baik bisa melakukan semua. Ya ALLAH hinanya diri ini.

Tapi, aku percaya percaturan ALLAH itu maha hebat tiada tandingannya. Batu-batu kecil di jalanan hanyalah perkara biasa. Akanku jadikan batu-batu itu sebagai batu loncatan bukan batu sekatan untukku melangkah lebih jauh. Bergerak maju ke hadapan mengatasi segala kesilapan lalu. Manusia itu tidak akan belajar jika tiadanya kesilapan. Dari kesilapan-kesilapanku itu aku yakin dengan izinNya bisa menjadikan aku lebih baik dari apa yang aku ada. Aku harus bangun. Bangun! Kerana Islam tidak memerlukan orang yang lemah. Perjuangan Islam tidak menungguku. Biar yang berlalu menjadi kesan guru terbaik buatku.

Juga sahabat, aku memerlukan pertolonganmu. Sentiasa memberi sokongan padaku. Dalam waktu aku melakukan kesilapan mahupun tidak. Kerana aku percaya ukhwah itu merupakan satu elemen penting dalam perjuangan ini. Maafkan segala kesilapan lalu antara kita. Yang buruk jadikan sempadan. Yang baik jadikan tauladan. Kerna aku perlukan kamu. Walau aku terkadang melukakan hatimu. Doaku moga ukhwah yang terbina atas dasar aqidah ini kekal hingga ke syurga. Moga kita dapat berpimpinan tangan bukan sahaja atas dunia mengharungi cubaanNya malahan juga ke syurga.

Memandang hari hadapan dengan sinar yang baru. Mewarnai hati yang berbunga dengan semangat luarbiasa. ALLAHUAKBAR!!

No comments:

Post a Comment