Friday, November 25, 2011

Doa Awal Tahun & Doa Akhir Tahun

Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.
Doa Awal Tahun:

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِهِ وَاَصْحَابِهِ وَسَلَّمَ، اَللَّهُمَّ أَنْتَ اْلأَبَدِيُّ الْقَدِيْمُ اْلأَوَّلُ وَعَلَى فَضْلِكَ الْعَظِيْمِ وُجُوْدِكَ الْمُعَوَّلِ وَهَذَا عَامٌ جَدِيْدٌ قَدْ أَقْبَلَ إِلَيْنَا نَسْأَلُكَ الْعِصْمَةَ فِيْهِ مِنَ الشَّيْطَانِ وَأَوْلِيَائِهِ وَجُنُوْدِهِ وَالْعَوْنِ عَلَى هَذِهِ النَّفْسِ اْلأَمَارَةِ بِالسُّوْءِ وَاْلإِشْتِغَالِ بِمَا يُقَرِّبُنِي إِلَيْكَ زُلْفَى يَا ذَا الْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ اْلأُمِّيِّ وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ


Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.


Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".

Doa Akhir Tahun:
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِهِ وَاَصْحَابِهِ وَسَلَّمَ، اَللَّهُمَّ مَا عَمِلْتُ فِي هَذِهِ السَّنَةِ مِمَّا نَهَيْتَنِيْ عَنْهُ فَلَمْ أَتُبْ مِنْهُ وَلَمْ تَرْضَهُ وَلَمْ تَنْسَهُ وَحَلَمْتَ عَلَيَّ بَعْدَ قُدْرَتِكَ عَلَى عُقُوْبَتِيْ إِلَى التَّوْبَةِ مِنْهُ بَعْدَ جُرْأَتِيْ عَلَى مَعْصِيَتِكَ فَإِنِّيْ أَسْتَغْفِرُكَ فَاغْفِرْلِيْ وَمَا عَمِلْتُ فِيْهَا مِمَّا تَرْضَاهُ وَوَعَدْتَنِيْ عَلَيْهِ الثَّوَابَ فَأَسْأَلُكَ اَللّهُمَّ يَا كَرِيْمُ يَا ذَا الْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ أَنْ تَتَقَبَّلَهُ مِنِّيْ وَلاَ تَقْطَعْ رَجَائِيْ مِنْكَ يَا كَرِيْمُ وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ اْلأُمِّيِّ وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ


Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.


Thursday, November 24, 2011

Salam Maal Hijrah 1433

كل سنة وانتم طيبين

“Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.” (Al-’Asr :1-3)




~Carilah Hikmah Dalam Setiap Ketentuan Tuhan, Agar Timbul Rasa Kesyukuran Dan Keredhaan..~

Wednesday, November 2, 2011

Who Women For You



A woman was created from the rib of a man
المرأة خلقت من ضلع الرجل

She was not created from his head to top him
لم تخلق من الرأس لتعلوه

Not from his feet to be stepped upon
و لا من الأقدام ليطأها بأقدامه

She was made from his side to be close for him
و لكن خلقت من جانبه لتكون بقربه

From beneath his arm to be be protected by him
و من أسفل الذراع ليحميها

Near his heart to be loved by him
و بقرب القلب لكي يحبها و يحنو عليها
** “Perempuan umpama cermin, mesti cermat dan halus bila berhadapan dengan mereka"

Tuesday, November 1, 2011

Kelebihan 10 Hari Pertama di Bulan Zulhijjah



Imam  Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda: Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu 10 hari Zulhijjah.

Alhamdulillah,kita telah pun masuk bulan Zulhijjah yang mana merupakan bulan kedua belas di dalam kalendar Islam hijri di samping salah satu drpd empat bulan haram (mulia lagi dihormati) di dalam Islam. Kelebihan bulan-bulan mulia ini disebutkan oleh Allah s.w.t. di dalam firman-Nya ayat 36 surah at-Taubah.

"Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri, kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa "

Zulhijjah bermaksud y memiliki haji kerana ibadah haji ditunaikan di dlm bulan berkenaan. Amalan y mulia ini telah dilakukan oleh Nabi Allah Ibrahim a.s. dan diteruskan oleh anak cucunya drpd keturunan Nabi Ismail a.s. berlanjutan sehingga ke zaman Baginda Nabi Muhammad s.a.w. Kemuncak ibadah haji adlh pd hari Arafah, hari kesembilan di dlm bulan Zulhijjah y digambarkan sebagai perhimpunan umat Islam y teragung, lambang kesatuan akidah dan perpaduan, tanpa mengenal batasan pangkat dan harta, kesemuanya mengharapkan keredhaan Allah s.w.t.

Antara kelebihan y dipaparkan oleh Baginda Nabi s.a.w. mengenai permulaan bulan Zulhijjah yang mulia ini, supaya direbut peluang keemasan y disediakan oleh Allah Taala untuk mereka y mengharapkan pengampunan Ilahi, diceritakan oleh Ibnu Abbas bahawa Baginda Nabi s.a.w.bersabda : Tiada suatu hari pun amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini, iaitu sepuluh hari Zulhijjah. Para sahabat Baginda bertanya: Apakah juga (pengecualian itu) termasuk jihad pada jalan Allah? Ujar Baginda: Tidak juga (termasuk) berjihad pada jalan Allah kecuali bagi seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun. (Riwayat al-Bukhari).

Imam Ahmad meriwayatkan daripada Ibnu Umar bahawa baginda bersabda: Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari sepuluh Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illallah), takbir (Allahu Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah).

Amalan yg dianjurkan pada bulan ini antara lain ialah:

* Menunaikan ibadah haji dan umrah yang merupakan sebaik-baik amalan. Banyak hadis yang menyatakan kelebihan ibadah ini.

* Berpuasa pada hari-hari tersebut sekadar kemampuannya, terutamanya pada hari Arafah. Tidak dinafikan bahawa puasa adalah di antara amalan yang terbaik dan ia merupakan pilihan Allah sendiri. Imam Muslim meriwayatkan daripada Abi Qatadah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : Puasa pada hari Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang.

* Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padanya. Firman Allah yang bermaksud, (Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum). (Al-Haj : 28). Hari-hari tersebut dijelaskan sebagai sepuluh hari pada bulan Zulhijjah. Oleh kerana itulah para ulama menyarankan supaya diperbanyakkan zikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadis Ibnu Umar yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad di antaranya, Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La ilaha illallah), takbir (Allahu Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah).

Imam Bukhari meriwayatkan bahawa Ibnu Umar dan Abu Hurairah pada hari-hari tersebut selalu keluar ke pasar bertakbir dan diikuti oleh orang ramai. Imam Ishaq meriwayatkan bahawa para Fuqaha (ahli fikah) di kalangan tabien (generasi selepas sahabat Nabi) sentiasa membaca pada hari-hari itu (Allahu Akbar, Allahu Akbar, La ilaha illallah, wallahu Akbar, Allahu Akbar wa lillahilhamd). Kerana ia amat digalakkan supaya suara ditinggikan ketika bertakbir di pasar, rumah, di jalanan, masjid dan sebagainya berdasarkan firman Allah yang bermaksud, Dan supaya kamu membesarkan (bertakbir) Allah di atas nikmat-Nya memberi hidayah kepada kamu). Juga dibenarkan pada hari-hari tersebut berzikir dengan apa-apa zikir yang lain dan segala doa yang baik.

* Bertaubat dan meninggalkan segala maksiat dan dosa. Semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana maksiat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba daripada rahmat Allah. Manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya. Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Baginda bersabda, Sesungguhnya Allah cemburu (tidak suka) apabila seseorang hamba-Nya melakukan perkara yang ditegah-Nya (Muttafaq alaihi).

* Memperbanyakkan amalan soleh (baik) terutama amalan-amalan sunat tambahan seperti solat sunat, bersedekah, berjihad, membaca al-Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana kesemuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut. Amalan yang dikerjakan ketika itu walaupun ia kecil tetapi lebih disukai oleh Allah jika dibandingkan pada hari-hari lain. Begitu juga amalan yang besar seperti berjihad di jalan Allah yang dikategorikan di antara amalan yang terbaik, tidaklah mendapat kehebatan pahala pada hari-hari itu melainkan apabila kuda (kenderaan) yang ditungganginya terbunuh (binasa) dan darahnya keluar (dia cedera atau mati syahid).

* Disyariatkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan solat-solat fardu (yang dikerjakan secara berjemaah). Bagi mereka yang tidak menunaikan ibadah haji, takbir bermula dari waktu Subuh hari Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikan haji, takbir bermula pada waktu Zuhur Hari Raya Haji (10 Zulhijjah). Kesemuanya berakhir sehingga waktu Asar pada hari ketiga belas Zulhijjah.

* Disyariatkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada Hari Raya Haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunah (amalan) Nabi Allah Ibrahim a.s. setelah Allah mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya, Ismail a.s. tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih.

* Imam Muslim meriwayatkan daripada Ummi Salamah bahawa Nabi s.a.w. bersabda, Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang ingin berkorban (menyembelih haiwan ternakan), hendaklah dia menahan dirinya daripada (memotong) rambut dan kukunya. Dan di dalam riwayat lain, Maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia berkorban.''

Larangan (memotong rambut dan kuku) ini pada zahirnya adalah khusus kpd tuan punya haiwan korban tersebut sahaja dan tidak termasuk isteri dan anak-anaknya, melainkan mereka juga mempunyai haiwan seumpamanya. Adalah tidak mengapa jika yg berkenaan membasuh dan menggosok kepalanya kemudian terjatuh beberapa helai rambutnya.

* Setiap Muslim hendaklah berusaha menunaikan solat Hari Raya Haji secara berjemaah, menunggu tuk mendengar khutbah yg dibaca oleh imam selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran drpdnya. Sepatutnya setiap individu Muslim mengetahui hikmah di sebalik perayaan ini yang merupakan hari menyatakan kesyukuran dgn melakukan kebaikan di samping menjauhkan diri melakukan perkara yg mendatangkan kemurkaan Allah, seperti mengerjakan maksiat, menyombong diri, bertengkar, bermasam muka dan sebagainya yg boleh menjadi sebab kpd terhapusnya amalan-amalan kebaikan yg telah dikerjakannya sebelum itu.

* Penuhilah hari-hari berkenaan dgn ketaatan kpd Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintah-Nya, menjauhi larangan-Nya, mendekatkan diri kpd-Nya. Semoga kita mendapat rahmat dan keampunan-Nya.