Sunday, July 31, 2011

Ahlan-ahlan Ya Ramadhan Karim



Assalamualaikum...

 " شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنْ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمْ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ "


Maksudnya : " Bulan ramadhan, bulan yang diturunkan padanya (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara haq dan batil), barang siapa antara kamu yang hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu.." [Al-Baqarah : 185]


Alhamdulillah...marilah kita sama-sama mensyukuri nikmat Allah s.w.t yang tidak terkira,yang mana Allah kurniakan pada kita...Pejam celik,pejam celik..alhamdulillah kita masih lagi dipertemukan degan bulan Ramadhan yang dijanjikan keampunan, kerahmatan didalamnya...

Ana tidak mahu bercakap panjang...apa yang penting,kita hendaklah bersyukur pada Allah kerna masih lagi mempertemukan kita degan Ramadhan,jadi..marilah kita memamfaatkan sepenuhnya bulan Ramadhan Karim..Moga-moga kita dapat memperbaiki diri kita,mentarbiah diri kita untuk kehidupan akhirat kelak inshaAllah...

Cuba kita hisab diri kita degan hadis ini..Sabda Rasullullah s.a.w

من صام رمضان إيمانا و احتسابا، غفر له ما تقدم من ذنبه

Sesiapa yang berpuasa pada Ramadhan dengan keimanan dan mengharapkan keredhaan, diampunkan baginya segala dosanya yang telah lalu...

Jom kita sama-sama memperbanyakkan amal ibadat di bulan ramadhan kali ini..
Selamat beramal untuk semua...


Saturday, July 30, 2011

Syukrillah...


Bersyukurlah kepada orang yang menyakitimu kerana dialah orang yang menabahkan hatimu,
Bersyukurlah kepada orang yang tak mengendahkanmu kerana dialah orang yang memupuk berdikarimu,
Bersyukurlah kepada orang yang menjatuhkanmu kerana dialah orang yang memperhebatkan abilitimu,
Bersyukurlah kepada orang yang menyeksamu kerana dialah orang yang menguji kesabaranmu..

Saturday, July 23, 2011

MAAF......



Bismillah wal Hamdulillah...
Renugan dan motivasi y indah di pagi y syahdu ini...moga hari ini LEBIH BAIk dari semalam...

Tika pagi datang, org yg lalai akan berfikir apa harus dikerjakannya.. sedangkan org yg berakal akan berfikir apa yg akan dilakukan Allah kpdnya...  
-ibnu Athaillah-
Apabila bangun tidur setiap hari, tanya kepada diri: "Kenapa ALLAH hidupkan aku pada hari ini?" 
Jawapan yang dicadangkan Imam Al-Ghazali: Kerana dosaku banyak. ALLAH izinkan aku
untuk bertaubat.
Setiap manusia pernah melakukan kesalahan & fitrah manusia
Rasulullah saw bersabda: " Setiap manusia pernah melakukan kesalahan,dan sebaik-baik pelaku kesalahan itu adalah orang yang segera bertaubat kepada ALLAH S.W.T.
Manusia yanag baik bukan orang yang tidak pernah berbuat salah,kecuali Rasulullah SAW yang ma'sum...
Tetapi,manusia yang baik adalah manusia y sedar kesalahannya dan segera bertaubat kepada-Nya. 


Dalam Islam,mampu memaafkan kesalahan org len merupakan salah satu ciri org ynag bertaqwa ( muttaqin )
Firman Allah: Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa....(Ali 'Imran ayat 133)


Ibnu Qudamah dlm Minhaju Qashidin menjelaskn bahawa makna memberi MAAF ialah sebenarnya engkau mempunyai hak,tetapi engkau melepaskannya,tidak menuntut qishash atasnya atau denda kepadnya.
Kata MAAF berasal dari Al-quran alafwu y bererti "menghapuskan" kerana y memaafkanmengahapuskan bekas-bekas luka di hatinya.
Bukanlah memaafkan namanya,apabila masih ade tersisa bekas luka itu didalam hati,bila masih ade dendam yang membara.
Boleh jadi,ketika itu apa yang dilakukan masih dalam tahap "menahan amarah"...
Usahakanlan untuk menghilangkan noda-noda itu,dengan itu baru kita dikatakan telah Memaafkan org lain....




Tuesday, July 19, 2011

Semangat Baru (جديد)


Bismillah...

Alhamdulillah, masih sempat untuk bersua dengan Syaaban. Moga Allah mempertemukan kita dengan Ramadhan. Allahu Allah..

Kesalahan. Ya, semua orang melakukannya. Termasuk aku. Sebab? Aku hanya manusia biasa. Yang tak bisa lari dari itu. Setelah itu? Cuba untuk bangun kembali. Menongkat bumi dengan secebis kekuatan. Hanya mengharap pada Yang Memberi Segala Kekuatan. Bukan mudah. Sudah tentu. Down? Lumrah.

Terlalu banyak kesilapan yang telah dilakukan. Amanah yang tak tertunai. Kata-kata yang tak terbuat. Hanya mampu beretorika. Hampeh praktikalnya. Seolah-olah tiada guna. Terasa diri mengkhianati kepercayaan. Lemah dan kerdilnya diri ini. Seperti tidak mampu lagi untuk melangkah. Hanya mahu menjadi insan biasa. Yang hanya menunggu percaturan orang lain. Biarlah hanya menjadi bidak catur yang paling belakang. Kerana aku telah serik dengan kesalahan lalu. Terlalu ego yakin diri. Konon paling baik bisa melakukan semua. Ya ALLAH hinanya diri ini.

Tapi, aku percaya percaturan ALLAH itu maha hebat tiada tandingannya. Batu-batu kecil di jalanan hanyalah perkara biasa. Akanku jadikan batu-batu itu sebagai batu loncatan bukan batu sekatan untukku melangkah lebih jauh. Bergerak maju ke hadapan mengatasi segala kesilapan lalu. Manusia itu tidak akan belajar jika tiadanya kesilapan. Dari kesilapan-kesilapanku itu aku yakin dengan izinNya bisa menjadikan aku lebih baik dari apa yang aku ada. Aku harus bangun. Bangun! Kerana Islam tidak memerlukan orang yang lemah. Perjuangan Islam tidak menungguku. Biar yang berlalu menjadi kesan guru terbaik buatku.

Juga sahabat, aku memerlukan pertolonganmu. Sentiasa memberi sokongan padaku. Dalam waktu aku melakukan kesilapan mahupun tidak. Kerana aku percaya ukhwah itu merupakan satu elemen penting dalam perjuangan ini. Maafkan segala kesilapan lalu antara kita. Yang buruk jadikan sempadan. Yang baik jadikan tauladan. Kerna aku perlukan kamu. Walau aku terkadang melukakan hatimu. Doaku moga ukhwah yang terbina atas dasar aqidah ini kekal hingga ke syurga. Moga kita dapat berpimpinan tangan bukan sahaja atas dunia mengharungi cubaanNya malahan juga ke syurga.

Memandang hari hadapan dengan sinar yang baru. Mewarnai hati yang berbunga dengan semangat luarbiasa. ALLAHUAKBAR!!

Sunday, July 17, 2011

Wahai Kekasih


Wahai Kekasih- Nazrey Johani

Wahai seorang kekasih,
Telah lama kau dirindui,
Pilu sedih dalam kerinduan,
Menangis pun tak berair mata,
Namunhati tetap gembira,
Syafaatmu menanti di sana.

Sungguh tabahnya hatimu,
Menanggung derita yang melanda,
Biarpun perit pedih tersiksa,
Kerana umat kautempuhi jua.

Wahai Rasul kaulah segalanya,
Contoh terbaik umat akhir zaman,
Akhlakmu tinggi kan kami jejaki,
Sifatmu sempurna pelengkap peribadi.

Wahai Rasul kami merindui,
Sinaran wajahmu mendamaikan jiwa,
Manis senyuman mu penawar hiba,
Di hati kami kaulah segalanya.


 **Genangan air mata itu bukanlah bermaksud bersedih, tetapi mengingati Kekasih NYA yang luhur keperibadiannya memiliki akhlak mulia.

Aku Harus Bermujahadah Cinta!!!





Salam...
Bismillah..
Apa khabar hati?
Masihkah ia seperti embun?
Menunduk tawaduk dipucuk-pucuk daun..
Masihkah ia seperti batu karang?
Berdiri tegar menghadapi gelombang ujian,
Apa kabar iman?
Masihkah ia seperti bintang?
Teranng benderang menerangi kehidupan..
Apa khabar saudaraku?
Dimane saudara berada moge sentiasa dirahmati Allah... 


Alhamdulillah..Rindunya diriku untuk mencoretkan sesuatu diatas warkah blog yang tidak seberapa ini...moge bermanfaat dan mengambil iktibar apa yang disampaikan..


      Ya Allah..sungguh beratnye ujianMu padaku.Malunya diri ini tatkala merintih menghadapinya..Dimane kesabaranku?Dimane imanku?Dimane kekuatanku?Sungguh!aku kecewa dengan diriku..Ku cuba pasakkan dalam hati moge sentiasa sabar dalam mengharunginya agar diriku layak untuk termasuk golongan yang sabar..Tetapkan keimananku ya rabb.Saat ku difitnah,aku cuba mencari teman yang bisa menerangi hatiku dengan kata-kata motivasinya."Jannati,sabarlah.Allah sentiasa bersama kita".Masya Allah.sungguh aku terharu dengan bicaranya.Syukran ya sahabatku.Waktu ku menerima mehnah,ku menangis pilu.mau dilempar dimane kesedihan ini?Hanya itu yang terlekat difikiranku.MaSYA Allah,malunya ana bila teringat kembali.
Sahabat, apa yang cuba ana sampaikan di sini ialah sabarlah dalam menghadapi ape2 ujian..jangan lupa ujian itulah yang akan menetukan apakah iman anda kental walaupun diuji dengan seribu satu masalah n fitnah..Tenagkan fikiran anda.lapangkan dada dan terimalah hakikat yang sebenarnya.Di sini ana ingin kongsikan kata-kata semangat dan impian untuk mujahadah akan segalanya."Jannati,,sabar dalam melakukan ketaatan dan sabar dalam meninggalkan kemaksiatan!Mujahadahlah.."Nasihat seorang teman kepadaku yang mengiringiku sampai ke hari ini..Syukran sekali lagi kepada semua sahabat-sahabatku..



"Dalam aku mencari  redhaMu tuhan,jiwaku perlu kpada mutiara ihsan,kalbuku perlu pada permata iman,agardiriku sentiasa indah dengan nikmat ISLAM,tetapi bagaimana harus ku merasai semua itu tanpa bantuan seorang teman yang mampu menjadikan diriku menuju ke sisiMu Tuhan."

Saat Allah mencintai seseorang,tmpat pertama menerima sentuhan cinta itu ialah hati mereka.Disitulah Allah melenyapkan rasa putus asa dan kesedihan akibat dosa mereka,kmudiaN digantikan dgn harapan dan keinginan utk berubah menjadi insan bersih.Hati kita seeloknya selalu berbisik:"Aku tau bila Allah mencintaikuiaitu saat ku membenci segala kejahatanku"

"berpenat lelahla krna sesungguhnya kesenangan itu slpas kesusahan,jgn berduka cita kerana hidup ini meletihkan,sebab demikianlah hidup ini diciptakan"-imam syafie

Hadapilah setiap ujian yg mendatang dgn tenang dan menganggapnya ujian e2jalan kita menuju syurgaNya. Dia tdak akan mguji hambanya seandainya Dia tau kta tdak mampu tapi kita dberi ujian bersyukurlah dgn sbnarnya krana e2 dia menandakan amat menyayangi kita..walau peritnya ujian walau pahitnya derita walau sakitnya jiwa walau pedihnya hati ibarat dlukai dgn garam tapi ketahuilah.setiap ujian e2 mgharapkan kemanisan imanyg tiada nilainya.sukar ditafsirkan oleh hati sukar dgambarkan dgn mata..fahamilah sakit e2 sebanarnya penawar segalanya..Bersemangatlah..

Moge Allah redha dan kasih dengan kita semua..insya Allah..ana akan cuba untuk menjadi yang solehah.sesolehah mungkin untukmu yang bergelar pemilik hatiku...Redhakanlah kami..Amin ya Rabb..Tabahkan hatiku..
"JUJURLAH,KE MANA KITA TUMPAHKAN CINTA"

Friday, July 15, 2011

Hukum Solat Dan Doa Pada Malam Nisfu Sya’ban


Petikan Fatwa Fadhilah Mufti Mesir Prof. Dr Ali Jum’ah.
Terjemahan : Ibnu Juhan Al-Tantawi
Soalan :
Apa hukum melakukan solat dan doa pada malam nisfu Sya’ban seterusnya berpuasa pada siang harinya?
Jawapan :
Malam nisfu Sya’ban merupakan malam yang barakah. Terdapat sebilangan besar dalil yang menyebut tentang kelebihan malam nisfu Sya’ban daripada hadis-hadis (nabi S.A.W) yang saling menguatkan antara satu sama lain serta mengangkat (hadis-hadis tersebut) ke darjat Hadis Hasan dan Kuat (dari segi hukumnya).
Maka mengambil berat terhadap malam nisfu Sya’ban serta menghidupkan malamnya adalah sebahagian daripada agama yang tiada keraguan padanya. Adapun keraguan yang timbul adalah disebabkan pandangan terhadap hadis-hadis yang barangkali hukumnya Dhaif yang menceritakan tentang kelebihan malam tersebut.
Antara hadis-hadis yang menceritakan tentang kelebihannya :
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْها قَالَتْ : “فَقَدْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ لَيْلَةٍ فَخَرَجْتُ أَطْلُبُهُ فَإِذَا هُوَ بِالْبَقِيعِ رَافِعٌ رَأْسَهُ إِلَى السَّمَاءِ فَقَالَ :يَا عَائِشَةُ أَكُنْتِ تَخَافِينَ أَنْ يَحِيفَ اللَّهُ عَلَيْكِ وَرَسُولُهُ قَالَتْ :قَدْ قُلْتُ وَمَا بِي ذَلِكَ وَلَكِنِّي ظَنَنْتُ أَنَّكَ أَتَيْتَ بَعْضَ نِسَائِكَ فَقَالَ إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى يَنْزِلُ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا فَيَغْفِرُ لِأَكْثَرَ مِنْ عَدَدِ شَعَرِ غَنَمِ كَلْبٍ” – رواه الترميذي وابن ماجه وأحمد .
Hadis daripada Ummul Mukminin Sayidatina ‘Aisyah R.A telah berkata : “Aku telah kehilangan nabi S.A.W pada suatu malam, maka aku telah keluar untuk mendapatinya maka baginda berada (sedang berdiri di kawasan perkuburan) Baqi’ sambil mendongakkan kepalanya ke langit.lalu baginda berkata : Wahai ‘Aisyah, adakah kamu takut Allah dan Rasulnya melakukan kezaliman ke atas kamu? Berkata ‘Aisyah : Bukan demikian sangkaanku tetapi aku menjangkakan kamu telah pergi kepada sebahagian daripada isteri-isteri kamu (atas perkara-perkara yang mustahak lalu aku ingin mendapat kepastian). Lalu baginda bersabda : Sesungguhnya Allah Ta’ala telah turunkan (malaikatNya dengan perintahNya) pada malam nisfu Sya’ban ke langit dunia, lalu Allah mengampunkan dosa-doa (yang dilakukan oleh hambaNya) lebih banyak daripada bilangan bulu-bulu yang terdapat pada kambing-kambing peliharaan (bani) Kalb.”
-Hadis Riwayat Al-Tirmizi, Ibnu Majah dan Imam Ahmad.
Seterusnya,
عن مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : ” يَطَّلِعُ اللَّهُ إِلَى جَمِيعِ خَلْقِهِ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيعِ خَلْقِهِ إِلَّا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ ” – رواه الطبرانى وصححه ابن حبان .
Hadis daripada Saidina Mu’adz ibnu Jabal R.A bahawa nabi S.A.W telah bersabda : “Allah memandang pada kesemua makhluk ciptaanNya pada malam nisfu Sya’ban, lalu Allah mengampunkan dosa-dosa kesemua makhlukNya melainkan dosa orang musyrik (yang menyekutukan Allah) dan dosa orang yang bermusuhan.”
-Riwayat Al-Tobrani dan disahihkan oleh Ibnu Hibban.
Seterusnya,
عَنْ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ كرم الله وجهه قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : “إِذَا كَانَتْ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَقُومُوا لَيْلَهَا وَصُومُوا نَهَارَهَا فَإِنَّ اللَّهَ يَنْزِلُ فِيهَا لِغُرُوبِ الشَّمْسِ إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا فَيَقُولُ أَلَا مِنْ مُسْتَغْفِرٍ لِي فَأَغْفِرَ لَهُ أَلَا مُسْتَرْزِقٌ فَأَرْزُقَهُ أَلَا مُبْتَلًى فَأُعَافِيَهُ أَلَا كَذَا أَلَا كَذَا حَتَّى يَطْلُعَ الْفَجْرُ” – رواه ابن ماجه .
Hadis daripada Saidina ‘Ali R.A bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda : “Apabila masuk malam nisfu Sya’ban, maka hendaklah kamu bangun pada malamnya dan berpuasa pada siang harinya, Sesungguhnya Allah Ta’ala menurunkan malaikatnya ke langit dunia pada malamnya setelah terbenamnya matahari, lalu Allah berkata : Sesiapa yang memohon keampunan padaKu maka Aku akan mengampunkan baginya, Sesiapa yang memohon rezeki padaKu maka Aku akan memberikannya rezeki, Sesiapa yang ditimpa musibah maka Aku akan melepaskannya, sesiapa yang demikian…sesiapa yang demikian …sehinggalah terbitnya fajar.”
-Riwayat Ibnu Majah.
Tidaklah mengapa seandainya membaca surah Yasin sebanyak 3 kali selepas solat maghrib secara terang-terangan dan beramai-ramai. Hal ini kerana termasuk dalam perkara menghidupkan malam tersebut dan perkara berkaitan dengan zikir ruangannya adalah luas. Adapun mengkhususkan sebahagian daripada tempat dan waktu untuk melakukan sebahagian daripada amalan soleh secara berterusan adalah termasuk dalam perkara yang disyariatkan selagi mana seseorang yang melakukan amalan tersebut tidak beri’tiqod (menjadikannya sebagai pegangan) ; bahawa perkara tersebut adalah wajib di sisi syara’ yang membawa hukum berdosa sekiranya meninggalkannya.
عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ : “كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْتِي مَسْجِدَ قُبَاءٍ كُلَّ سَبْتٍ مَاشِيًا وَرَاكِبً” – متفق عليه .
Hadis daripada Ibnu Umar R.A telah berkata : “Nabi S.A.W akan mendatangi masjid Quba pada setiap hari Sabtu samada dengan berjalan ataupun menaiki tunggangan.”
-Riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim.
Berkata Al-Hafiz Ibnu Hajar di dalam kitabnya (Fathul Bari) :
“Di dalam hadis ini walaupun berbeza jalan-jalan pengriwayatannya menunjukkan kepada (hukum) harus mengkhususkan sebahagian hari-hari untuk melakukan sebahagian daripada amalan-amalan soleh serta melakukannya secara berterusan.”
-tamat
Berkata Ibnu Rajab Al-Hanbali di dalam kitabnya (Lathoif Al-Ma’arif) :
“Ulama’ di Syam telah berselisih pandangan dalam menyifatkan cara untuk menghidupkan malam nisfu Sya’ban kepada dua pandangan.
Pertamanya :
Adalah disunatkan menghidupkan malamnya secara berjamaah di masjid.
Khalid ibn Ma’dan dan Luqman ibn ‘Amir dan selain daripada mereka telah memakai sebaik-baik pakaian, dan mengenakan wangian serta mengenakan celak pada mata serta mendirikan malamnya dengan ibadah.
Dan Ishaq ibn Rahuyah bersepakat dengan pandangan mereka terhadap perkara tersebut dan berkata dalam masalah mendirikan malamnya dengan ibadah di masjid secara berjamaah : “Perkara tersebut tidaklah menjadi bid’ah.” Kalam ini dinukilkan oleh Harb Al-Kirmani di dalam kitab Masail nya.
Keduanya :
Sifatnya adalah makruh penghimpunan pada malamnya di masjid untuk melakukan solat serta bercerita dan berdoa. Dan tidak makruh sekiranya seseorang itu melakukan solat secara bersendirian. Ini adalah pandangan Al-Auzaie Imam Ahli Syam dan Ahli Faqeh dan ‘Alim.” -tamat
Kesimpulannya :
Maka menghidupkan malam nisfu Sya’ban sama ada secara berjamaah ataupun secara bersendirian sebagaimana sifat yang masyhur dikalangan orang ramai dan selainnya adalah perkara yang disyariatkan dan tidaklah menjadi bid’ah dan tidaklah menjadi makruh dengan syarat tidak menjadikan amalan tersebut sebagai suatu kemestian dan kewajipan.
Sekiranya amalan tersebut diwajibkan ke atas orang lain serta menghukum kepada mereka yang tidak mengikutinya dengan hukum berdosa maka menghukumkan dengan hukum dosa itu yang menjadi bid’ah kerana mewajibkan sesuatu yang tidak diwajibkan oleh Allah dan RasulNya S.A.W. Inilah makna yang menjadikannya makruh sebagaimana pandangan para salafussoleh terhadap hukum makruh dalam menghidupkan malam nisfu Sya’ban. Adapun menghidupkan malamnya sebagaimana hakikat asalnya maka perkara tersebut adalah disyariatkan dan tidaklah menjadi makruh.
***Majalah Minbar Al-Islam, keluaran tahun ke-(68), bil (8) Sya’ban 1430, m/s 136.

Thursday, July 14, 2011

Jauhkan RINDU...



Bila rindu kembali menjengah,
Menyusup datang melalui sekeping gambar,
Begitu terasa bibirku bergetar,
Begitu terasa kakiku makin longlai.

Ku lihat pada jari-jemariku,
Menggigil dalam bahang tengah hari,
Ku sentuh pada bibirku,
kering mengelupas,
Ku letakkan tangan pada dadaku,
Degupannya menjadi deras.

Ku lihat wajahku dalam refleksi,
Warnanya pucat membiru,
Tiada kilauan dalam mata,
Tiada cahaya pada wajah.
Hanya kelesuan jelas kelihatan.

Yang lain menggelar rasa ini 'cinta',
Lalu mereka hairan aku menolak 'cinta',
Tapi aku pasti ianya adalah 'petaka' ,
kerana rindu ini rindu yang memusnahkan,
Rindu ini rindu yang mencemarkan,
Kerana rindu ini rindu yang tidak halal untukku,
Kerana rindu ini boleh mengundang dosa.

Dahulu,
Jika rindu yang sama bertandang,
Akulah insan paling bahagia.

Kini,
Jika  rindu yang sama bertamu,
Akulah insan paling sengsara.

Aku tak mahukan rasa ini,
Aku tak mahukan rindu ini.

Rindu ini yang dahulu telah melalaikanku dari mengingati-Mu,
Rindu ini yang dahulu menghalangku dari kemanisan beribadat kepada-Mu,
Rindu ini yang dahulu membutakan mataku  dari melihat jalan-Mu,
Rindu ini yang dahulu membinasakan cinta suci hamba-Mu.

Rabbi,
Jangan kau benarkan rindu ini menggigitku,
kerna aku takut dihinggapi virus cinta buta.

Rabbi,
Jangan kau biarkan rindu ini menghantuiku,
kerna aku takut pada bayangannya,
Kerna ku tahu jatuh cinta itu,
Hanya bisa pada Tuhan,
Kerna ku tahu nafsu ini,
Sering membawa ke arah kejahatan,
Yang datang dari godaan syaitan.
Rabbi,
Ku mohon,
Jauhkanlah aku dari 'petaka' rindu ini,
Hadirkanlah aku pada cinta-Mu,
Cinta yang kekal dan abadi

Wednesday, July 13, 2011

Nukilan Cinta untuk mujahidahku


Kelmarin aku bertekad
Bahawa perjuangan ini akan sia-sia
Jika kau tidak pernah disampingku
Pada usia aku yang memerlukan
Kelahiran yang akan mewarisi perjuangan ini

Hari ini , masih tidak kita bersama
Sementelah masa yang belum munculnya takdir
Sedangkan aku berusaha sesungguhnya
Sebagaimana ikrarku dihadapan walimu kelmarin

Sebelum hadirnya hari penyatuan
Sepasang daie yang menginfakkan diri untuk berjihad
Ke jalan Tuhan Rabbul Izzati
Menuju ke perbatasan perjuangan yang hakiki

Ingin aku nukilkan ingatan
Agar terpahat kukuh dihati sanubarimu
Mujahidahku

Bilamana engkau memerlukan aku
Tatkala sakit demammu
Janganlah kau mengharapkan aku membelaimu
Seperti anak kecil
Kerana masa juangku tidak menentu

Bilamana anak-anakmu kelaparan
Tatkala engkau tiada sesuatu
Yang dapat aku berikan
Janganlah kau terlalu mengharapkan
Kerana hartaku telah aku infakkan
Kepada perjuangan yang lebih memerlukan

Bilamana engkau inginkan perhiasan
Sebagaimana fitrahmu sebagai seorang wanita
Janganlah kau memarahi aku
Kerana kalung emasmu telah kuberikan
Kepada si fakir yang menuntut haknya sebentar tadi

Bilamana aku keluar ke perbatasan
Janganlah kau merintih dan bersedih
Ucapkanlah kepadaku
Agar janganlah aku pulang kerana mengingati dirimu
Aama ada aku pulang dengan kemenangan
Ataupun syahid gugur di jalan-Nya

Bilamana engkau ingin berlibur
Bersama sanak-sanudara dan teman-teman
Janganlah kau mengandaikan masa itu berada ditanganku
Kerana panggilan jihad itu tiada waktu ketetapan

Bilamana engkau memandang kesenangan dunia
Berhati-harilah dengan tipu daya syaitan
Yang meresap bersama pujuk rayumu kepadaku
Bersedialah nescaya aku tidak mampu lagi
Tinggal bersama-sama dengan dirimu

Untuk itu,

Wahai mujahidahku
Tatkala engkau berasa lemah dan sakit
Akulah yang akan menggendongmu
Sehingga engkau pulih dan segar

Tatkala engkau lapar dan dahaga
Akulah yang akan mencicip rezeki
Di Bumi Allah ini

Tatkala keperluan waris-warisku
Akulah yang akan memerah keringat
Berusaha dengan penuh Yakin
Akan janji-janji Yang Maha Pemurah dan Pengasih

Tatkala Allah memberikan masa lapang
Ukhwah & Mahabbah sanak-saudara
Lebih aku utamakan dari masa rehatku

Tatkala engkau ingin berhias
Akulah satu-satunya insan yang bertuah
Kerana hanya aku sahaja yang layak menikmatinya

Mujahidahku

Tatkala aku tergelincir
Akibat Muslihat dunia
Engkaulah yang berhak
menarikku ke landasan yang benar.

Untuk itu

Mujahidahku

Engkaulah yang akan memimpin bidadari
Tatkala Allah membayar maharmu
yang tidak dijanjikan di dunia yang fana

Permudahkanlah Ya allah
Engkaulah Ya Allah yang mempermudahkan sesuatu
Kerana Kami makhluk yang hina sebagai hamba
Menurut perintah-Mu , Meninggalkan larangan-Mu

Permudahkanlah Ya allah
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Penyayang..

Wednesday, July 6, 2011

Muhasabah Diri Pada Ilahi.....

 Puisi yang mengingatkanku akan tentang kebesaran Allah swt. Tentang takdir. Tentang janjinya. Begitulah cantik dan indah bahasa, namun puisi itu hilang dalam pandangan mata kedua kali bila kita ingin menjenguknya.mmmm

Begitulah takdirnya, Itulah hakikat yang terkadang kita harus menerima dengan hati yang terbuka. Datangnya bahagia sepantas kilat dan hilangnya juga tidak mampu dihalang..

Kehilangan bukan sesuatu yang asing dalam kehidupan kita di bumi Allah swt ini. Ia sesuatu yang menyakitkan. Menghibakan jiwa dan meninggalkan banyak kenangan yang sukar dipadamkan dalam naluri manusia. Tiada yang lain, kesabaranlah ubatnya, Ada banyak yang pelik dan terbaliknya hidup ini.

Di mana kita lebih bisa meraba kesulitan dari meraba kemudahan. Kesilapan kita adalah kita selalu melihat hidup ini dari sudut penderitaan, masalah beban jiwa yang berat, cita-cita yang tidak kesampaian dan kehilangan yang tidak kembali lantas kita curah dan tuangkan airmata sebanyak-banyaknya untuk memprotes kesengsaraan itu.

Tapi jarang kita menoleh ke belakang melihat kesenangan, kelapangan, kemudahan yang lebih banyak kita terima dari penderitaan.

Renungkan kembali! apakah tidak pernah Allah swt berikan kita kesenangan? Bandingkan dengan kesulitan yang kita hadapi sekarang? Nilailah! Baru kita tersedar dan ternyata kemudahan keluasan dan kesenangan berlipat kali ganda dengan hanya kesusahan yang sedikit yang Allah ujikan pada kita.

Saya menulis untuk diri saya, dan mungkin juga untuk insan-insan yang lain, yang mengalami apa yang saya alami..Ya Allah s.w.t, berikanlah ku ketabahan dan kesabaran dalam menempuh liku-liku hidup di bumi-Mu ini..Aku merayu pada-Mu YA Allah..

Kesulitan sebenarnya tidak berdiri dengan sendiri, kerana Allah berfirman..

"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan... sesungguhanya bersama kesulitan ada kemudahan ". (Al~ Insyirah Ayat 5-6)

Rasulullah SAW bersabda:

عَنْ شَدَّادِ بْنِ أَوْسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وِآلهِ وَسَلَّمَ : "اَلْكَيِّسُ مَنْ دَانَ نَفْسَهُ وَعَمِلَ لِمَا بَعْدَ الْمَوْتِ وَالْعَاجِزُ مَنْ أَتْبَعَ نَفْسَهُ هَوَاهَا وَتَمَنَّى عَلَى اللهِ اْلأَمَانِيَّ".


Syaddad bin Aus RA berkata, Rasulullah SAW bersabda : "Orang yang cerdas adalah yang menghisab dirinya serta beramal untuk kehidupan sesudah kematian. Sedangkan orang yang lemah adalah yang dirinya mengikuti hawa nafsunya serta berangan-angan terhadap Allah SWT. (HR. Tirmidzi, ia berkata : "Hadits ini adalah hadits hasan".)

Bersyukurlah kita tanpa putus dengan apa yang ada. semua yang kita alami semuanya di bawah naungan Allah swt. Naungan CintaNya. Memuanya. Seluruhnya.

Putaran hidup kita juga begitu! seperti manusia lain. Bezanya hidup mereka amat sempit sekali. Mereka terikat dengan hukum dan akhlaq. Memang Dunia ini penjara bagi orang mukmin. Penjara bagi kita. Penjara yang tiada palang besi.

Hanya penjara jiwa dan hati. Penjara yang menghalang kita dari bergerak bebas sebebasnya mengikut kemahuannya. Itulah kita. Bergerak mengikut manzilah sunnah dan arahanNya. Tiada kebebasan mutlak ….. inilah bezanya.

Apa lagi yang ada? Hanya syukur diulang-ulang dalam hidupnya. Dan sabar adalah penyejuk hatinya. Kesabaran tak semestinya harus menanti. Kesabaran juga terkadang harus pergi meninggalkan penantian yang tiada hujung.

Memang berat tapi itulah kesabaran yang hakiki untuk mengelakan dari janji yang tak berpenghuni dan satu teori yang tak bertepi. Kerana itu dia selalu menanggis. Matanya adalah syifa’. Selalu mengubat hati yang diruntun ujian.


Semakin tinggi dan menggunung imannya semakin ia diruntun ujian untuk membenarkan kata dan perjuangannya. Muhammad Ahmad Arrasyid berkata:

" Semakin tinggi nilai sesuatu, semakin mahal pula harganya. Bila ingin mencapai syurga di akhirat, maka seseorang harus berada pada posisi tertinggi di dunia"

Maimun bin Mihran r.a. mengatakan:

" Seorang hamba tidak dikatakan bertakwa hingga ia menghisab dirinya sebagaimana dihisab pengikutnya dari mana makanan dan pakaiannya",

Umar r.a. juga pernah berkata:

" Hisablah diri kalian sebelum kalian dihisab, dan berhiaslah (bersiaplah) kalian untuk hari aradh akbar (yaumul hisab). Dan bahwasanya hisab itu akan menjadi ringan pada hari kiamat bagi orang yang menghisab dirinya di dunia".

Aku teruja menatapi apa yang dikatakan oleh Mustafa AsSiba’i:

" Kunjungilah penjara sehari dalam hidupmu agar engkau tahu apa kenikmatan yang Allah berikan kepadamu berupa kebebasan.

Kunjungilah pengadilan satu kali dalam satu tahun agar engkau tahu apa kemurahan Allah padamu kerana engkau memiliki kebaikan akhlak.

Kunjungi rumah sakit satu kali dalam sebulan, agar engkau tahu bagaimana kenikmatan Allah padamu yang mempunyai kesihatan.

Kunjungi kebun dan pepohonan satu kali dalam seminggu agar engkau tahu apa kenikmatan Allah berikan atas dirimu dari keindahan alam.

Kunjungi Tuhanmu setiap waktu agar engkau tahu bagaimana kemurahannya kepadamu kerana telah memberi kamu hidup dengan berbagai kenikmatan yang tidak terhitung..
"


Semoga sahabat-sahabat saya mendapat sedikit menafaat di atas tulisan saya yang tidak seberapa ini..