Wednesday, May 18, 2011

Tauladan Perangkap Tikus



Sepasang suami dan isteri petani pulang kerumah setelah berbelanja. Ketika mereka membuka barang belanjaan, seekor tikus memperhatikan gelagat sambil menggumam "hmmm...makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar??" Ternyata yang dibeli oleh petani hari adalah perangkap tikus.

Sang tikus naik panik bukan kepalang. Ia bergegas lari ke sarang dan bertempik, "Ada perangkap tikus di rumah... di rumah sekarang ada perangkap tikus...." Ia pun mengadu kepada ayam dan berteriak, "Ada perangkat tikus!" Sang Ayam berkata, "Tuan Tikus! Aku turut bersedih tapi ia tak ada kena-mengena dengan aku.

" Sang Tikus lalu pergi menemui seekor Kambing sambil berteriak seperti tadi. Sang Kambing pun jawab selamba, "Aku pun turut bersimpati... tapi tidak ada yang boleh aku buat. Lagi pun tak tak ada kena-mengena dengan aku.

" Tikus lalu menemui Lembu. Ia mendapat jawaban sama. "Maafkan aku. Tapi perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sama sekali. Takkanlah sebesar aku ni boleh masuk perangkap tikus." Dengan rasa kecewa ia pun berlari ke hutan menemui Ular. Sang ular berkata "Eleh engkau ni... Perangkap Tikus yang sekecil tak kan la nak membahayakan aku.

" Akhirnya Sang Tikus kembali ke rumah dengan pasrah kerana mengetahui ia akan menghadapi bahaya seorang diri. Suatu malam, pemilik rumah terbangun mendengar suara berdetak perangkap tikusnya berbunyi menandakan umpan dah mengena. Ketika melihat perangkap tikusnya, ternyata seekor ular berbisa yang jadi mangsa. Ekor ular yang terperangkap membuat ular semakin ganas dan menyerang isteri pemilik rumah. Walaupun si Suami sempat membunuh ular berbisa tersebut, isterinya tidak sempat diselamatkan. Si suami pun membawa isterinya ke rumah sakit.

Beberapa hari kemudian isterinya sudah boleh pulang namun masih demam. Isterinya lalu minta dibuatkan sup cakar ayam oleh suaminya kerana percaya sup cakar ayam boleh mengurangkan demam. Tanpa berfikir panjang si Suami pun dengan segera menyembelih ayamnya untuk dapat cakar buat sup. Beberapa hari kemudian sakitnya tidak kunjung reda.

Seorang teman menyarankan untuk makan hati kambing. Ia lalu menyembelih kambingnya untuk mengambil hatinya. Masih juga isterinya tidak sembuh-sembuh dan akhirnya meninggal dunia. Banyak sungguh orang datang melawat jenazahnya. Kerana rasa sayang suami pada isterinya, tak sampai hati pula dia melihat orang ramai tak dijamu apa-apa. Tanpa berfikir panjang dia pun menyembelih sapinya untuk memberi makan orang-orang yang berziarah.

Dari kejauhan, sang Tikus menatap dengan penuh kesedihan. Beberapa hari kemudian ia melihat Perangkap Tikus tersebut sudah tidak digunakan lagi. **MORAL: SUATU HARI... KETIKA ANDA MENDENGAR SESEORANG DALAM KESUSAHAN DAN MENGIRA ITU BUKAN URUSAN ANDA DAN LANGSUNG TAK BANTU APA YANG MAMPU... FIKIRKANLAH SEKALI LAGI

Monday, May 16, 2011

Mati Itu Adalah Kepastian



Andainya hari ini kita melihat jatuhnya dedaunan di pohon.Maka ingatlah satu masa nanti akan sampai jua kita di waktu itu. Serta sedarlah kita, kehidupan yang abadi bukanlah di alam ini. Betapa kehidupan dunia ini seiring menghambat diri kita agar suka kepadanya.

Oleh kerana itulah Nabi Muhammad s.a.w. mengatakan jalan ke syurga penuh dengan kesusahan. Sedarlah kita rupanya bukan mudah untuk masuk ke syurga. Perjalanan di dunia ini tanpa mujahadah tidak mampu mempunyai sifat qanah, zuhud, takwa.

“Perjalanan ke syurga dilingkungi dengan duri dan onak. Manakala jalan ke neraka dikelilingi dengan keinginan syahwat. Demikianlah ditegaskan oleh Nabi Muhammad saw. mengenai dua jalan yang ditempuhi oleh manusia. Begitu jualah Allah swt ketika Allah SWT memerintahkan Jibril as melihat syurga;

Allah SWT bertanya kepada Jibril, “ Bagaimanakah pandangan engkau wahai Jibril setelah engkau melihat syurga ciptaanKu?”.

Maka dijawab oleh Jibril as, “ Maha suciMu ya Allah, bahawa pasti setiap hambaMu yang melihat syurga berkeinginan agar dimasukkan ke dalamnya, namun aku khuatir tiada seorang pun yang akan dapat masuk ke dalamnya”. Ini adalah kerana syurga itu dikelilingi oleh perkara-perkara yang tidak disukai nafsu.

Lalu Jibril diperintahkan pula supaya Jibril melihat neraka, lalu berkata Jibril as, Maha suciMu ya Allah, aku khuatir tidak ada seorang pun dari hambaMu yang akan terselamat dari neraka”. Ini adalah lantaran neraka yang dipagari Allah dengan perkara-perkara yang amat disukai oleh nafsu.

Maka tidak hairanlah mengapa hamba-hamba Allah hidupnya di dunia penuh dengan kesulitan dan dugaan kerana Allah ingin melihat sejauhmana hati ini benar2 BERIMAN kepada-Nya. Alangkah PaHiTnYa MatA DuNia KeRana ManisNya SyuRga Allah.

Tuesday, May 10, 2011

Tanda Cinta


Tanda mencintai Allah
ialah mencintai Al-Qur'an,
Tanda mencintai Allah dan Al-Qur'an
ialah mencintai
Nabi Shallallahu 'Alahi Wasallam,
Tanda mencintai
Nabi Shallallahu 'Alahi Wasallam
ialah mencintai sunnah,
Tanda mencintai sunnah
ialah mencintai akhirat,
Tanda mencintai akhirat
ialah memarahi dunia,
Dan tanda memarahi dunia
ialah tiada mengambil
daripadanya selain perbekalan
dan apa-apa yang memadai
ke akhirat.

Ringankan Tulang

Siapa yang meringankan beban penderitaan seorang mukmin di dunia pasti Allah akan meringankan beban penderitaan di akhirat kelak,
 
Siapa yg memudahkan org yg dalam keadaan susah pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat,
 
Barangsiapa menutupi aib seorang muslim pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan akhirat,
 
Dan Allah akan selalu menolong hamba-Nya jika hamba menolong saudara-Nya.”

(HR.Muslim)
 
 

Jangan Biarkan Aku mati Tanpa CintaMU Ya Rabbi.....



Ada gambar di dinding kalbuku
Sebuah nama yang terukir kuat di dinding kepastianku
Tiada yang lain selain hanya gambar diriMu

Ada tentram dibalik dinding hatiku
Saat namaMu kusebut berulang-ulang
dalam gelapnya malam dan gulitanya siang



Ya Rabbi, jangan biarkan cintaku berpaling dari cintaMu,
tenggelamkanlah nyawaku dalam lautan rinduMu
hanya karena Engkaulah bahagiaku
meliputi segala darah yang mengalir di tubuhku

Sejuta peri Kau turunkan untuku, sudah
dengan seribu macam paket karunia dan berkahMu,


Namun bukan itu harapku, ya Rabbi.
Aku hanya butuh sambutan hangat dalam rumahMu
karena senyumMu adalah segalanya bagiku.
Aku selalu merindukan wajah cantikMu
Aku mencintaiMu melebihi cintaku pada diri dan hidupku
matiku karena cintaMu adalah kebahagiaan untukku

Monday, May 9, 2011

Hanya untukmu


Ku tulis namaMu dipasir,
Tapi terhapus ombak,
Ku tulis namaMu dilangit,
Namum terbawa awan,
Tapi ku ukir namaMu dihatiku,
Disanalah namamu akan menemani setiap langkahku dah hari kuu....