Thursday, June 23, 2011

...Silalah Baca....

Asalamualaikum...
Apabila bermulanyew tiap nod2 huruf di laptop saya nie....kepala sy terus berpusing..emmm sy nak tulis apa yer hari ini???emmm sebelum sy menaip lebih laju...izinkan sy mengucapkan salam perkenalan buat sahabat-sahabat sekalian...emmm blog ini br lagi dilahirkan...cuma br bermula dari rebung...terlalu muda untuk menjadi matang sebagai mana pembaca-pembaca Blog ini..emm penat pun belum hilang lagi...tetiba sy teringin menaip..sekarang jam menunjukkan jam 5.20 ptg..emm tarikh pulakkk...23 jun 2011..hehe.emm penat mengajar murid-murid ni yew...setelah sy bergelar pendidik...br sy taw betapa susah seorang guru nk bentuk seorang murid...

Bak kata orang Pengalamanlah mengajar erti sebuah kehidupan...Bila kiter sebut tentang kehidupan...kiter sebagai manusia..macam-macam yang telah kiter lalui...dari kecil..sampilah ke besar..bagi sayer....disaat umur sy menjangkau 25 tahun sekarang ini...macam-macam yang boleh dijadikan pengalaman...samada dari sudut pendidikan ataupun realiti  diri kiter sekarang...emmm SAPER KITER????...boleh anda fikir sejenak????dari mana asal usul kiter..dan ke mana kiter akan kembali selepas ini...emmm Walau dimana kiter....kiter sebenarnyer tetap bersendiri...

Kekadang sy melihat suasana disekeliling saya....alangkah beruntungnyer anak-anak sekarang...kemana-mana sahaja ibu ..ayah tetap sentiasa disisi....emmmm beruntungkan kwn??saya terlalu cemburu apabila melihat hal sedemikian.....^___^. sebenarnyew dalam hidup satu sahaja kunci kemegahan kiter....iaitu doa dan semangat...semangat apa yer?????semangat untuk terus hidup...untuk terus maju..tanpa menoleh ke belakang...jgn sesekali anda menoleh..emmm yelah...org kata mane boleh x menoleh...sebab kiter sebagai manusia mesti jgk kadang-kadang akan mengingati masa lalu..yeeeeeerrrrr!!!!! bertul tu...tp bagi sayer...biar la kiter menoleh tu...cuma sekadar jelingan....bukan untuk diingati..emmm tetiba terasa keletihan...huhu..sy rasa nt la pulak sy sambung yer...perlukan rehat sebentar...nt kiter bersua lagi....



salam.....(munirah binti mohd ros)



Tuesday, June 21, 2011

Hidayah Yangku Pohon Darimu Ya Allah...



"Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim...
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku lakukan
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata dusta
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah...
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatanku
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk di atas DuniaMu ini
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti
perasaan sahabat-sahabat seperjuaganku..
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragam hidup didunia yang penuh cabaran....

Ya Allah...
Tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu...

Ya Allah....
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku....
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan
keterlanjuranku.....

Ya Allah...
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan Bimbinglah aku ke jalan
yang Engkau redhai... Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai
hambaMu.. Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu...
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu...

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu...
Aku buta tanpa bimbinganMu...
Aku cacat tanpa hidayahMu...
Aku hina tanpa RahmatMu...

Ya Allah....
Kuatkan hati dan semangatku...
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu...
Jadikanlah aku hamba yang disenangi...
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu...
Bimbinglah aku menjadi hamba yang Solehah...
Hanya padaMu
Ya Allah ku pohon segala harapan...
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu...
Kerana aku sedar hinanya aku...
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru...
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu...
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu...
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu...

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi hamba yang dirahmati
hamba yang dikasihi
hamba yang solehah
hamba yang sentiasa dihatiku dekat padaMu...

Amin, amin Ya Rabbal Allamin.."


Sunday, June 19, 2011

Andai aku mati sekarangggg...

Andai aku mati sekarang,
Adakah yang akan merasa kehilangan ku?
Adakah yang akan menangis pilu menghantar mayat ku?
Adakah yang akan mendoakan aku setiap kali mereka mengenangku?
Adakah yang ziarah ke pusaraku?
.
Aku menangis rasanya apabila  memikirkan hal itu,
Namun aku tidak boleh tidak memikirkannya,
Kerana hal ini akan pasti terjadi padaku kelak.
Kini aku tidak lagi memiliki orang yang begitu ikhlas mencintaiku seperti keluargaku
mamaku,
papaku,
adikku,
.
Ya Allah.. aku tidak mahu merasakan apa-apa
Aku hanya ingin menyebut namamu sahaja sebagai pengganti aduan hamba.
Aku kini ingin mengumpulkan amalan yang banyak untuk bekal aku pulang ke dakapan kasih sayangmu
.
Ya Rabb…
Aku jadikan sabar sebagai penakluk semua kebencian dihati ini.
Aku jadikan sedekah untuk menghancurkan kesombonganku. Aku jadikan solatku sebagai pelindung hari-hariku yang penuh dengan orang-orang yang benci atas kehadiranku
Aku jadikan doa sebagai penghibur hati, bahawa ada kekuatanMu yang sangat luar biasa, yang sanggup mengalahkan kerisauan dalam diri.
Aku  jadikan diam sebagai benteng diri, dari kata-kata penuh dosa, janji-janji penuh dusta.
Aku sepenuhnya yakin, bila ku  tetap pada pendirian ini, pada kesabaran yang sudah semestinya.
Aku akan mendapatkan kasih sayang yang luar biasa dariMu Ya Allah…
dan
Aku tak perlu lagi berputus asa dengan keadaan duniawi yang telah merenggut kelapangan dari hidupku  ini.
.
Allah…
Aku memohon berilah aku kesabaran yang takkan kehabisan
Aku memohon ampunkanlah segala dosa
Aku memohon berilah   kekuatan untuk menghadapi kenyataan yang tak selalu menyenangkan ini
Aku memohon jagalah aku dari pengaruh hati yang menggebu
Aku memohon terimalah segala amalan
.
Hanya untuk meraih kasih sayangMu


Saturday, June 18, 2011

..Semua itu hanya Alasan..



Saat tubuh segar bugar,
Dihiasi busana berkilauan,
Jejaka menatap, bergetar keimanan,
Walau gaya potongan menidakkan suruhan TUHAN,
Dek mengikut tema dan kesesuaian zaman,
Sedangkan semua itu hanya alasan!

Saat mata melihat,tidak buta,
Dipandang, memandang kecantikan ‘taman larangan’,
Putih gebu, hitam manis, melonjak keghairahan,
‘Si ikan ada didepan si kucing jantan’,
Peluang keemasan, jangan disiakan,
Sedangkan semua itu hanya alasan!

Saat telinga mendengar, tidak tuli,
Suara manja menggoncang iman,’ halwa’ pendengaran,
Berita sensasi, gossip terkini,
Alunan cinta nafsu, membuai keasyikan,
Sekadar berhibur penawar kepenatan,
Sedangkan semua itu hanya alasan!

Saat mulut berbicara, tidak bisu,
Patah kata umpat-umpatan,
Bicara kesat, membuak kemarahan,
Biar luahan sangat melukakan,
Asal diri puas menuturkan,
Tercapai hasrat, maksud dan tujuan,
Konon perbincangan berpaksi kebenaran,
Sedangkan semua itu hanya alasan!

Beringatlah wahai tubuh yang segar bugar,
Beringatlah mata yang tidak buta,
Beringatlah telinga yang tidak tuli,
Beringatlah mulut yang tidak bisu,
ALLAH SWT tidak pernah lalai menyaksikan,
Malaikat di kiri kanan setia mencatat amalan,
Bertaubatlah, pohon keampunan.

Jangan menunggu mata rapat terpejam,
Telinga pekak, tidak mampu mendengar,
Mulut terkatup rapat, tidak sepatah terluah,
Tubuh segar, kaku di pembaringan,
Ketika itu, tiada guna penyesalan,
Kelak 'alasan' makan tuan!

~Munirah...((^___^))

...Hati yang paling INDAH...




CINTA 100%.

Andai ada yang bertanya, berapa peratuskah cintamu untuk ayah ibumu?
Pasti jawapanku, 100%.
Andai ada yang bertanya, berapa pula peratus cintamu pada suamimu?
Pasti jawapanku, 100%.
Andai ada yang bertanya, berapa peratuskah cintamu untuk anak-anakmu?
Pasti jawapanku 100%.
Andai ada yang bertanya, berapa pula peratus cintamu untuk saudara seakidahmu?
Pasti jawapanku, 100%.

Andai mereka bertanya, lalu berapa pula peratus cintamu untuk dirimu sendiri?
Pasti jawapanku, 100%.
Andai mereka keliru lantas tertanya-tanya, masakan begitu?
Bukankah setelah dibahagi, cinta itu pasti berkurang peratusannya?
Pasti jawapanku, beserta senyum malu-malu,
Ada satu di dunia ini, walau dibahagi seberapa banyakpun, ia tetapkan sama..
Tidak berkurang walau sedikitpun,
Itulah CINTA…

Anugerah paling berharga dari Yang Maha Esa.

Jummm...Renung2kan Bersama....ALLAH..ALLAH...

Friday, June 17, 2011

Ilmu Penyuluh Kehidupan Dunia dan Akhirat..

Orang bertolak di tanjung Rhu,
Sarat membawa daun ketupat,
Hendaklah banyak mengadap guru,
Supaya terang jalan makrifat.
 
Nyiur manis baru gugur,
Dibawa nyonya keluar pagar,
Jasad menangis di pintu kubur,
Menyesal di dunia tidak belajar.

Ya Robb........


Ya Allah,aku memohon padaMu,aku bersujud padaMu dengan penuh keampunan dan maghfirahMu Ya Allah....Ampunilah dosa hambamu ini Ya Allah,padamu jua lah tempatku akan dikembalikan...Ameen

** "Waktu itu seperti pedang, sekiranya kamu tidak memotongnya, maka ia akan memotong kamu.

Sekiranya diri kamu tidak disibukkan dengan perkara kebenaran, maka ia akan menyibukkan kamu dengan perkara-perkara yang batil.

Wednesday, June 15, 2011

Pelawat setiap 21 minit...


Bismillahirrahmanirrahim...

Firman Allah s.w.t
Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubatan nasuhaa (taubat yang semurni-murninya). Mudah-mudahan Rabbmu akan menutupi kesalahan-kesalahanmu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang-orang mukmin yang bersama dia; sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan: "Ya Rabb kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami; Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu." 

Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a,

bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
"Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang,

didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa.

Maka berkata Izrail:  Alangkah hairannya aku melihat orang ini,

sedangkan aku diutus oleh  Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi

dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa."

Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhati oleh

malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati.

Golongan Ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran  malaikat

maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w  yang

menjelaskan Mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dengan malaikat maut.


1 hari = 24 jam = 1440 minit

1440 minit / 70 = 20.571 minit

Ini bermakna MAILAKAT MAUT menziarahi kita SETIAP 21 minit.



Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam itu?!!


"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"
"Oh.. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"
"Baitullah tu apa?"
"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"
"Allah ada dalam tu?"

"Tak.."
"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"
"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."
"Kamu sembah apa?"
"Saya sembah Allah swt"
"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"
"Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."
"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."


"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"
"Pernah.. selalu.."
"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"
"Tengok perlawanan bola la.."
"Di mana?"
"Dalam tv la.."
"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."
"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."
"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."
"So..?"
"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"
"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."
"Peliknya.."
"Sebab apa pulak pelik?"
"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."
"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."

"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"
"Ya.. tak pelik.."
"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."

"Erk.. kau betul.."

Monday, June 6, 2011

Coretan Buatmu...

Assalamualaikum...

Apa khabar bidadariku? Semoga bakal isteriku ini sentiasa tenang berada dalam pemeliharaan Allah S.W.T. Amin Ya Rabbal alamin..

Bidadariku,
Tahukah dikau yang aku sentiasa merinduimu? Aku sentiasa berdoa agar dipertemukan denganmu kelak dan sesunggunhnya Allah itu maha adil lagi maha mengetahui. Dia telah menemukan aku denganmu.. Sesungguhnya tiada manusia yang sempurna di muka bumi ini, namun aku dapat merasakan bahawa engkaulah gadis solehah yang aku cari-cari selama ini.

Sayangku,
Sesungguhnya aku amat tertarik akan keindahan akhlak peribadimu dan itu amat membuatkan hatiku berdebar saat bertemu denganmu walaupun kau sentiasa menundukkan pandangan mata. Aku masih dapat melihat terpancarnya sinar nur dari wajahmu. Aku tidak memandang pada kejelitaan.. walau kurangnya paras rupamu, aku tetap bertekad ingin menyuntingmu buat menjadi isteriku dunia dan akhirat.

Wahai bidadariku,
Aku tidak sabar untuk menjadi suamimu.. merawat luka dan menghiburkan hatimu agar dikau sentiasa bahagia dalam mencari redha Ilahi, ku juga ingin merasa belaian mesra dari mu. Kerna itu aku sentiasa berdoa agar dikau menjadi pendampingku.

Kekasihku,
Aku ingin sentiasa membisikkan kalimah-kalimah suci di telingamu.. agar dikau dapat merasakan besarnya keagungan Allah s.w.t. Ku ingin mengejutkanmu saat malam yang dingin untuk sujud menyembah Ilahi.. Aku ingin membimbingmu dan aku juga mahu agar dikau sentiasa bersedia untuk menegur segala kekhilafanku.

Buat bakal isteriku,
Redha dan terimalah atas apa-apa sahaja ketentuan-Nya. Kerana Dia lebih mengetahui.. Jika benar kau adalah jodohku dan bakal calon bidadariku, aku memohon pada Ilahi agar dipercepatkan ijab dan kabul ini agar aku sah menjadi suami yang dapat mengimamkan solatmu..
Sekian sahaja warkahku ini..
Hanya satu pesananku. Jika kau mencintaiku, cintailah aku kerana Ilahi. Kerana aku hanya manusia biasa yang tidak punya apa-apa melainkan sekeping hati yang ikhlas mencintaimu kerana Allah..



Ikhlas daripada bakal suamimu..

Friday, June 3, 2011

FADILAT BULAN REJAB




Marilah kita sama2 memanfaatkan bulan Rejab yang dimuliakan Allah s.w.t. .

Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

Sabda Nabi s.a.w.:
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.

Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.

Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).

* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).

* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.

* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.

* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.

* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.

* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).

Berkata Saidina Ali:

* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.

Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.

Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:

* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada
bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu
kejahatan.

Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali.

Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan
Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.

Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan
Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:
"Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu,
engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau".(dari kitabRaudatul Ifkar)

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.

Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu
maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.

Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.

REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.



**Beramallah menurut kemampuan masing-masing, jika tidak dapat melaksanakannya janganlah ditinggalkan semuanya.

Wednesday, June 1, 2011

Dirimu Wanita...



Wanita...
Jangankan lelaki biasa,
Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita...
Tanpa mereka...fikiran dan perasaan lelaki akan resah,
Masih mencari...dan terus mencari...
Walaupun ada segalanya...
Apa yang tiada dalam syurga..?
Namun adam tetap rindukan hawa...
Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok itu...
Untuk diluruskan oleh lelaki...
Tetapi...seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus!!!
Mana munkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus...
Luruskanlah wanita...
Dengan jalan yang ditunjukkan oleh Allah Taala...
Kerana merekan diciptakan sebegitu rupa oleh Allah Taala...
Didiklah mereka...dengan panduanNya,
Janganlah cuba junakkan mereka dengan harta,
Kerana nantinyamerekan akan menjadi semakin liar....
Kenallah merekan kepada Allah, zat yang kekal...
Disitu punca kekuatan dunia!!!
Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu...
Hati serabut kaca, kuatkanlah ia dengan iman...
Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak...
Suburkanlah ia...
Kerana disitu nantinya mereka akan lihat nilaian
Dan keadilan tuhan
Bisikkanlah ketelinga mereka...
Bahawa kelembutan, bukan satu kelemahan,
Ia bukan diskriminasi tuhan...
Sebaliknya...disitulah kasih sayang tuhan...
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya,
Pasti tidak akan terhibur dan tidak akan menghiburkan...
Tanpa iman, ilmu dan akhlak,
Mereka tidak akan lurus...
Bahkan mereka akan semakin membengkok!!!
Itulah akibatnya andai wanita tak kenal tuhannya...
Bila wanita menjadi durhaka,
Pasti dunia lelaki akan menjadi huru-hara...
Lelaki...janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata...
Tapi binalah kepimpinan...
Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Ilahi,
Pimpinlah diri kepadaNya...
Jinaklah diri kepada Allah,
Nescaya akan jinaklah segala- galanya dibawah kepimpinanmu,
Jangan mengharapkan isteri semulia FATIMAH AZ-ZAHRAH...
Andaikata dirimu tidak sehebat SAYYIDINA ALI KARRAMALLAHUWAJHAHU...
Amin Ya Rabbal 'Alamin

Insan Biasa


Jika kamu memancing ikan.. setelah ikan itu terlekat di mata kail..
hendaklah kamu mengambil terus ikan itu.. jgn sesekali kamu lepaskan ia...semula ke dalam air begitu sahaja.. kerana ia akan sakit oleh kerana....bisanya...ketajaman mata kailmu dan mungkin akan menderita selagi ia masih hidup..

Begitulah jua setelah kamu memberikan banyak pengharapan dan kepercayaan kepada seseorang kawan...
setelah ia mula merpercayai kamu sebagai sahabat hendaklah kamu menjaga hatinya.. janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja.. kerana dia akan
terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu sebagai insan yg bernama sahabat...


Jika kamu menadah air, biarlah berpada.. jangan terlalu berharap pada takungannya.. dan janganlah menganggap ia begitu teguh.. cukuplah sekadar keperluanmu.. Apabila sekali ia retak.. tentu sukar sekali utk kamu menampalnya semula.. akhirnya ia dibuang.. sedangkan jika kamu cuba membaikinya semula.. mungkin ia masih boleh digunakan lagi..

Begitu juga jika kamu memperoleh seorang sahabat yg sejati .. terimalah dia seadanya..janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu
istimewa.. anggaplah dia manusia biasa.. apabila sekali melakukan kesilapan.. bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.. akhirnya kamu tinggalkan dia sedangkan, jika kamu memaafkan, boleh jadi hubungan kamu akan
bertambah baik....Cintailah kerana Allah dan bencilah kerana Allah... Sesungguhnya hak ini adalah merupakan ikatan iman yang paling kuat...





Antara Kawan dan Kekasih


Ramai orang mengutamakan kawan dari kekasih ... dan ada juga mengutamakan
kawan kerana kekasih ... anda tergolong dari yang mana ... hadirnya seorang
kekasih sejati sebagai pelengkap kehidupan dan mengisi kekosongan hati ...
hadirnya kawan sebagai sahabat sejati ... berkongsi segala suka duka dan
teman sepermainan dan belajar ....

Antara kawan dan kekasih Yang mana harus kupilih. Kawan pengubat kesunyian,
Kekasih penyembuh kelukaan

Antara kawan dan kekasih Yang mana harus didahulukan. Kawan tempat mengadu,
Kekasih tempat bermadu

Antara kawan dan kekasih Keduanya tak bisa kusisih. Kawan menghulurkan
bantuan, Kekasih menghulurkan sokongan

Antara kawan dan kekasih Keduanya aku harapkan. Kawan sekuntum senyuman,
Kekasih sepenuh perhatian

Antara kawan dan kekasih Bilakah akan kutemui. Kawan sejujur kata,
Kekasih setulus setia

Andai kawan itu kekasihku Andai kekasih itu kawanku Akan kuhadiahkan
Sedalam lautan Setinggi kayangan Kasih sayang tiada sempadan