Sunday, April 24, 2011

Lelaki Acuan Al-Quran



Lelaki acuan al-Quran ialah seorang lelaki yang beriman Yang hatinya disaluti rasa taqwa kepada Allah SWT Yang sentiasa haus dengan ilmu Yang sentiasa dahaga dengan pahala Yang solatnya adalah maruah dirinya Yang tidak pernah takut berkata benar Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu

Lelaki acuan al-Quran adalah lelaki yang menjaga tuturkatanya Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya Yang sentiasa berbuat kebaikan kerana sifatnya yang pelindung Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang

Lelaki acuan al-Quran ialah lelaki yang menghormati ibubapanya Yang sentiasa berbakti kepada kedua orangtua dan keluarga Yang bakal menjaga keharmonian rumahtangga
Yang akan mendidik anak anak dan isteri mendalami agama Islam Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menunggu akhirat

Lelaki acuan al-Quran sentiasa berse" dia untuk agamanya Yang hidup dibawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah SAW Yang boleh diajak berbincang dan berbicara Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya

Lelaki acuan al-Quran tidak pernah membazirkan masa Matanya kepenatan kerana kuat membaca Yang suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir Yang tidurnya lena dengan cahaya keimanan Bangun subuhnya penuh dengan kecerdasan Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan

Lelaki acuan al-Quran sentiasa mengingati mati Yang baginya hidup didunia adalah ladang akhirat Yang mana buah kehidupan itu perlu dibajai dan dijaga Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian Lelaki acuan al-Quran ialah lelaki yang tidak mudah terpesona Dengan buaian duniaKerana dia mengimpikan Syurga, Disitulah rumah impiannya Bersama wanita acuan al-Quran

No comments:

Post a Comment